title

Thursday, March 24, 2011

bukan semua yang pandai tu pandai


assalamualaikum w.b.t

Hari ini tetiba pulak rasa nak pilih topik bukan semua oarang yang pandai itu pandai. Sebenarnya tadi masa kelas Pengajiam Malaysia kami semua belajar tentang institusi di Malaysia. Dekat Malaysia ini kalau korang semua perasan la sekolah kita pada zaman dulu mengikut 'venikular' yang bermaksud sekolah mengikut kaum yang ada di Malaysia. Seperti Sekolah untuk orang Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan juga Sekolah Inggeris. Cumanya sekarang ini semua orang boleh masuk sekolah mana sahaja yang mereka suka.Kenapa ada perbezaan sekolah pada zaman dahulu? pikir2 sendiri la ye.

Sebenarnya bukan itu yang cuba untuk saya bincangkan sekarang ini. Tetapi tentang kepandaian, kepintaran, kebijaksaan seseorang itu. Kenapa pemikiran orang zaman sekarang ini yang tidak pandai itu bodoh? bangang? bebal?. Hello there!! U not even perfect to tell other people that they stupid!. Hadoiyai, itulah masalah yang orang zaman sekarang ini. Bukanlah hak kita untuk menentukan seseorang itu pandai atau bodoh.


kesian disisihkan oleh masyarakat



Pada pendapat saya, bukan semua yang pandai itu pandai dan juga buakn semua yang tidak pandai itu tidak pandai. Kadang kala yang tidak pandai itu lagi pandai dari yang pandai (hadoiyai pening kepala aku). Contohnya ada dua orang calon hendak pergi temu duga di sebuah syarikat di ibu kota. Calon A ini pandai dapat CGPA 4.00 yang calon B pula CGPA 2.50, nampakkan perbezaan pointer mereka. Pada pendapat korang la kan siapa yang akan dapat tawaran kerja dekat syarikat itu? calon A ataupun calon B?.Calon B yang dapat bekerja dekat syarikat itu sebab 'communication skills' dia lagi bagus dari calon A.



kejayaan yang dijualang



Lagi-lagi dengan semalam baru sahaja di umumkan keputusan SPM. Ada yang dapat keputusan yang baik dan sebaliknya. Orang yang paling kalut dengan keputusan kita tentulah ibubapa kita. Mana tidaknya sedara mara dari kampung semua dok tepon tanya keputusan kita. Kalau keputusan kita elok mesti la mak kita bangga nak bagitahu kawan-kawan dia. Cuba kalau keputusan teruk kesian dekat ibubapa kita sebab orang lain akan mengata tentang dia. Mulalah mereka kata yang ibubapa kita ini tidak pandai mendidik anak. Anak bebal sebab tidak dapat result yang bagus. Adushh tak faham la dengan cara pemikiran mak cik-mak cik ini. Anak-anak depa tu dapat keputusan bagus sangat ke sampai boleh di bangga-banggakan?. Tak kesian ke mak cik-mak cik tu dengan budak tu. Perasan dia boleh terganggu tau. Manalah tahu kot-kot budak tu nak bunuh diri ke sebab tak dapat keputusan yang bagus?. Nauzubillah la..



pilihan di tangan anda



Kesimpulannya bukan semua yang tidak pandai itu tidak pandai. Tapi ada juga kelebihan dia yang kita tidak tahu. Bukankah setiap apa yang di cipta oleh Allah itu ada kelebihannya. Dan kita tidak layak menilai seseorang itu sedangkan kita ini bukan sempurna untuk menilai seseorang itu. Jadi renungkanlah dan selamat beramal...


p/s: tahniah kepada SPM candidate yang dapat keputusan cemerlang. yang kurang cemerlang teruskanlah usaha anda dan jangan berhenti di sini. teruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ok

No comments: