title

Thursday, October 4, 2012

diseroboh askar kecil


Assalamualaikum w.b.t

02092012 segerombolan askar kecil telah melancarkan serangan dibilik saya dengan menyelerakkan bilik ketika saya dan roomate pergi ke Changlun.



Ini adalah hasil dari serangan dari mereka semua!


Habis semua tong sampah kami di geledah oleh mereka paket nesvita, hot chocolate, kopiko habis di geledah di bukak oleh mereka. Yang paling mencuit hati mereka makan kismis dan study statistic.


Jadi kalau ada sapa-sapa tidak faham berkenaan statistic boleh la bergurukan dengan beruk-beruk tu. Dan kalau tidak dapat menduduki test, kuiz atau final boleh suruh mereka ambilkan Hehehe


p/s: gambar monyet diatas bukan monyet di UUM tetapi di google.

Wednesday, October 3, 2012

KECURIAN!!

Assalamualaikum w.b.t

Hari selasa yang lepas di block C kediaman DPP Proton digemparkan dengan kes kecurian. Selalunya kecurian sering berlaku terutamanya di asrama. Tetapi kali ini pencuri ini menjalankan aktiviti mereka pada waktu pagi hari selasa pagi dimana tidak ramai student ade kelas. Semasa kejadian berlaku mangsa sedang mandi dan manakala roomate mereka sedang nyenyak tido di buai mimpi yang indah. Disebabkan pintu yang kena kunci dari luar menyebabkan kami semua malas mahu kunci bilik ketika mahu pergi mandi. Jadi pencuri itu mengambil kesempatan dengan membuat project mereka di bilik mangsa.

Antara barang yang 'berjaya' mereka curi adalah laptop, hp, dan juga wang tunai. Saksi kejadian mengatakan bahawa ada melihat kelibat 2 orang perempuan yang bukan dari blok C. 2 orang perempuan itu memang amat mencurigakan dan mereka memakai baju kurung hitam dan juga mengalas beg laptop. Dan yang paling mencurigakan ialah mereka menolak semua pintu bilik dengan harapan salah seorang roomate sedang tidur dan mereka dapat menjalankan aktiviti mereka. Salah seorang saksi mengatakan mereka menolak pintu tanpa memberi salam dan bertayakan adakah ini bilik Laila?? 

Saya bersimpati kepada mangsa kecurian. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada pencuri berkenaan dan mangsa kecurian saya doakan anda semua tabah menerima qada' dan qadar dari Allah