Assalamualaikum semua,
Agak lama jugak tidak menulis blog. Nak kata busy dengan study xde la plak. Banyak melepak dari study ada la. Cuma kemalasan nak menulis je. Hahaha
Ramai yang tanya macam mana kehidupan sebagai seorang siswa/i. Kalau tanya orang, orang akan cakap kehidupan kat sini sama je macam kita blaja kat kolej or masa kat skola dulu. Cumanya dekat sini semua kita kene buat sendiri. Tak boleh depends dengan orang laen.
Kat sini orang banyak libatkan diri dengan aktiviti. Salah satu aktiviti yang orang buat dekat sini adalah jadi goal keeper untuk hoki. At first orang join hoki sebab orang kesian kat DPP (Dewan Penginapan Pelajar) orang. Yer la kami kene hantar wakil untuk SUKUUM (Sukan UUM) kalau x hantar wakil kami akan di kenakan denda. jadi orang pun join la hoki sebab dieorang cakap nanti akan ajar macam mana nak maen hoki dengan betul.
Suatu malam kami ada perjumpaan dengan semua pemain2 hoki. pada masa tu orang dh dapat rasa yang orang akan jadi goal keeper. Dan memang tepat jangkaan orang, memang dieorang semua sebulat suara suruh orang jadi goal keeper. Then orang terima je la walaupun x de pengalaman langsung untuk maen hoki.Sebelum pertandingan hoki kami telah berlatih bersungguh bagaimana nak attact, nak defends and so on.
Orang hanya dapat jadi goal keeper untuk 2 game je. yang selainnya Kak Jue (senior merangkap RA kami) yang jadi goal keeper. Kak Jue lebih banyak pengalaman maen hoki daripada orang. Nasib la ada Kak Jue, kalau orang yang kene jadi goal keeper mau tiap kali maen orang akan gabra plus orang takut nanti di sebabkan orang banyak pulak bola masuk. Huhu
Ok la sampai sini je la. Malas nk tulis panjang2. nak study la pulak (study ke?). Next time cite lagi la ye.
Sekian, Assalamualaikum n may Allah bless you all